flying



header

My Rabbit~


Friday 25 October 2013

adat perkahwinan masyarakat melayu

Adat Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu

Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.
Merisik
Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

Acara Peminangan
Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

Menghantar Tanda
Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.
Hantaran belanja
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.
Menjemput
Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.
Upacara Nikah
Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.



Berinai Besar
Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

Majlis persandingan
Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

Jemput menantu
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.


~sarveshini~

Friday 18 October 2013

Persediaan Bagi Kaum Adam yang Bakal Bergelar Suami

Bergelar seorang suami kepada seorang gadis atau pasangannya merupakan impian semua insan bernama lelaki di dunia ini. Perkhawinan itu sendiri sangat dituntut oleh setiap agama. Perkhawinan juga dapat melangsungkan zuriat kaum adam di muka bumi ini.
 Melalui perkhawinan juga seseorang insan dapat berkongsi hidupnya sehingga hujung hayatnya. Berikut merupakan tips-tips serta nasihat untuk para lelaki sebelum melangkah ke alam perkhawinan. Diharapkan dengan segala tips dan nasihat ini dapat memberikan kebaikan kepada kita bersama. Amin...

SEBELUM

Ø  Bertanyakan diri sendiri sama ada sudah bersiap sedia memikul tanggugjawap terhadap gadis yang ingin dinikahi.
Ø  Sediakan diri dengan ilmu agama yang mencukupi kerana kita bakal menjadi imam atau penghulu untuk keluarga yang bakal kita bina.
Ø  Mempunyai pekerjaan tetap di mana kerja yang kita lakukan adalah daripada sumber dan rezeki yang halal.
Ø  Kewangan yang kukuh serta mempunyai tempat tinggal yang bersesuaian dengan status selepas berkhawin.
Ø  Tindakan serta pemikiran kita selari dengan niat untuk melangsungkan perkhawinan bersama gadis idaman hati.
Ø  Memastikan kita sudah mengenali keluarga gadis yang ingin kita khawini serta yakin susur jalur keturunannya dan agamanya.
Ø  Jujur dalam perhubungan antara 1 sama lain dimana setiap pasangan ingin mendirikan rumahtangga bersama jika ditakdirkan bersama.
Ø  Berjumpa para ulama serta golongan yang mengetahui agama lebih daripada kita untuk mendapatkan nasihat dan panduan menjadi suami yang baik serta soleh.





SEMASA

Ø  Pastikan kita melangsungkan perkhawinan kita tanpa melakukan pembaziran kepada benda serta perkara yang tidak perlu kita majlis sedang berlangsung.
Ø  Kita sebagai kaum adam harus memastikan pemakaian pasangan kita di majlis perkhawinan tersebut mengikut syarat serta etika pakaian dalam islam itu sendiri.
Ø  Memastikan segala yang telah dirancang bersama pasangan serta kedua-dua belah keluarga berjalan seperti yang dirancang.
Ø  Pastikan kita memilih serta meminta “pengacara & pengurus “ perkhawinan yang berpengalaman dalam memastikan majlis kita berjalan seperti yang kita impikan.


SELEPAS

Ø  Pastikan kita bersama pasangan menguruskan rumahtangga secara bersama dan berkhemah.
Ø  Membahagikan tugas serta saling tolong menolong antara satu sama lain.
Ø  Membuat pelaburan serta menabung untuk bakal anak-anak yang akan dilahirkan oleh isteri kita.
Ø  Selalu memberikan nasihat serta galakan kepada isteri kita dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ø  Sebelum tidur jangan lupa untuk mencium “umbun-umbun” kepala isteri kita.
Ø  Menjadi imam dalam setiap solat agar dapat menambahkan kemanisan cinta hidup bersama.
Ø  Selalu berkomunikasi antara satu sama lain dan menjadi pendengar yang baik kepada pasangan kita.

Ø  Jika ada perkara berbangkit bersama-sama duduk serta berbincang dan jangan dipendamkan.

~~Syafiq~

Kesan Perceraian

Kesan-kesan perceraian

Pada masa kini, perceraian dipandang sebagai sesuatu yang biasa dan normal. Malah, ia seakan menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia memberi lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.  Pelbagai permasalahan akan timbul apabila perceraian berlaku di antara suami isteri. 

Antara masalah yang bakal timbul adalah:

Kesan emosi:

Setiap pasangan yang mengalami pergolakan rumahtangga pasti akan mengalami tekanan perasaan seperti marah, sedih, rendah diri, terpencil, tidak bermaya, kesunyian dan rasa bersalah. Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu individu yang bercerai sahaja, malah mewujudkan implikasi dan kesan negatif kepada ahli keluarga serta kenalan rapat.

Kesan terhadap anak:

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa dari segi jiwa dan perasaan. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa. Antara kesan yang dihadapi oleh anak-anak adalah:

-          Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa.
-          Terpaksa berpisah dari adik-beradik.
-          Hilang tumpuan terhadap pelajaran.
-          Tabiat dan sikap negatif muncul.

Anak-anak masih belum mengenal erti kehilangan, tetapi terpaksa melaluinya. Kasih sayang seorang ibu tidak sama dengan kasih sayang seorang bapa, begitu juga sebaliknya, kerana ibu dan bapa saling melengkapi antara satu sama lain. Emosi tertekan dengan teruk dan dihantui rasa bersalah, malu, tidak selamat dan kurang keyakinan diri. Tekanan emosi ini boleh memberi kesan buruk kepada anak-anak sepanjang hayatnya, terutama perasaan rendah diri kerana merasakan mereka berbeza dari kawan-kawan yang lain. Ini menyebabkan mereka kurang keyakinan dalam setiap perbuatan mereka dan merosot dalam pelajaran. Kesan negatif ini jika dibiarkan berlarutan dalam diri anak-anak tanpa sebarang tindakan daripada pihak ibu bapa, akan mengakibatkan mereka sentiasa bersikap negatif sepanjang hayat mereka.

Masalah kewangan:

Jika terdapat pasangan yang berpisah berpunca daripada masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah mereka bercerai kelak. Pasangan yang bercerai terpaksa menyara diri sendiri dan juga anak. Pasangan yang menjaga anak terpaksa mengupah pengasuh sewaktu mencari nafkah. Kos pengasuh bertambah dengan bilangan anak yang ramai. Kesan-kesan yang akan mereka tanggung adalah:

-          Terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan.
-          Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat.
-          Terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan dengan kos sara hidup semakin meningkat
.
Sosial:

Kehidupan sosial individu yang bercerai juga akan mengalami kepincangan. Permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesame manusia akan mengakibatkan kesan-kesan negatif. Kesan-kesan negatif tersebut adalah:

-          Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang dimiliki.
-          Pelbagai pertanyaan dan soalan perlu dihadapi dari kaum keluarga.
-          Anak-anak akan diejek kerana kepincangan institusi kekeluargaan.

Kanak-kanak yang masih kecil akan menjadi takut untuk mengharungi kehidupan tanpa seorang ayah dan merindui belaian manja seorang ibu. Manakala remaja pula akan menjadi kecewa dan merasakan diri mereka tidak disayangi. Ini boleh mendorong mereka kepada aktiviti sosial yang lebih negatif seperti ponteng sekolah, merokok, berfoya-foya, bohsia dan dadah.


Implikasi-implikasi di atas merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan yang membuat keputusan untuk berpisah. Perceraian bukanlah matlamat sebuah perkahwinan, malah ia tidak sepatutnya wujud dalam kamus hidup pasangan suami isteri. Kekurangan setiap insan boleh dibaiki kerana tiada apa yang mustahil untuk diubah. Cinta boleh dipupuk, tanggungjawab terhadap anak-anak jangan diabaikan.

~farah~

Adat Perkahwinan Kaum Iban Sarawak

Perkahwinan suku kaum Iban

Masyarakat Iban di Sarawak mempunyai adat perkahwinan yang agak berbeza dengan adat perkahwinan kaum Melayu. Terdapat pelbagai peraturan unik yang perlu dipatuhi sebelum seseorang itu layak untuk bernikah. Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan. 

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang mengikut adat . Bagi mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan dikenakan denda yang bertujuan mengelak pasangan suami isteri tersebut daripada ditimpa bala atau kesusuhan. Biasanya, bagi keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, mereka agak lambat untuk mengahwinkan anak mereka. Namun, berbeza pula dengan keluarga yang mempunyai ahli yang sedikit. Mereka selalunya akan mengahwinkan anak mereka secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja rumah dan mencari nafkah bagi menantu lelaki. 

Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat perkahwinan kaum iban. Antaranya;

1. Merisik 

Dalam masyarakat Iban, biasanya kaum lelaki yang akan menentukan perkahwinan. Sekiranya seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik atau berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Ini bertujuan untuk menanyakan persetujuan daripada pihak gadis. Setelah mendapat persetujuan, pihak pengantin perempuan akan menentukan permberian ( wang hantaran) dan syarat-syarat perkahwinan. 

2. Meminang atau bertunang

Rombongan memninang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga sepuluh orang yang terdiri daripada golongan orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya, kedua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan tersebut tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga. 

3. Majlis perkahwinan

Sebagai persiapan sebelum perkahwinan, pihak lelaki akan menyediakan segala kelengkapan dari segi wang perbelanjaan dan barang yang harus diberikan kepada pihak wanita. Keluarga pihak wanita juga membuat persiapan seperti memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. 

Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak akan mencari wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil ini membawa beberapa utas tali bersimpul (temukutali) yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan itu akan diansungkan. Wakil khas akan meninggalkan simpulan tali tersebut di rumah tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali tersebut pada setiap hari sehingga tiba pada hari majlis. Majlis perkahwinan  akan dilansungkan di rumah perempuan yang dihadiri oleh beratus-ratus orang tetamu.

Semasa rombongan pengantin lelaki hampir tiba di rumah pengantin perempuan, satu upacara bertanyakan petanda ( Nanyaka Burong) . Robongan pengantin lelaki akan ditemukan dengan rombongan pengantin perempuan di perkarangan rumah panjang. Pihak lelaki akan ditanyakan tentang petanda yang mereka jumpa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. 

Sekiranya terdapat sebarang petanda buruk berlaku, upacar penawar akan diadakan terlebih dahulu sebelum rombongan daripada pihak lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah. Selepas upacara penawar dilakukan, rombongan pengantin lelaki akan masuk ke rumah dengan diiringi oleh paluan gong. Ayah pengantin lelaki akan mengorbankan seekor babi  sebagai bembahan. Pada tangga yang paling atas terdapat dulang yang berisi seketul batu dan air yang merupakan penawar kepada petanda burung dan sakang (tangal). Setiap ahli robongan yang naik hendakalah membasuh kaki dengan meletak sebelah kaki kedalam dulang tersebut. 

Selain itu, pada hari perkahwinan rombongan pihak lelaki akan memalu gong disepanjang perjalanan ke rumah pengantin dengan pakaian yang menarik. Manakala, bagi yang menggunakan jalan air, kapal atau perahu yang digunakan akan dihiasi cantik dengan pua kumbu. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilakukan sebanyak dua kali sebelum mereka pergi mandi beramai-ramai di sungai. Selepas daripada itu, baru mereka memakai pakaian tradisional. 

Sampai di tangga rumah panjang, ketua rombongan pengantin lelaki akan dipelawa untuk menyembeli seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa yang sama kedengaran tembakan senapang secara berbalas-balas. Selain itu, terdapat juga rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan tersebut hendaklah membuka setiap kota tersebut yang akan diletakkan di tangga rumah, ditengah rumah dan dihujung rumah.

Setelah itu, pihak perempuan daripada rombongan lelaki akan ke bilik dan pihak lelaki akan duduk di ruai. Mengikut adat, tetamu perempuan hanya akan dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. 

Seterusnya, para tetamu akan dihidangkan dengan air arak, iaitu air tuak. Sambil itu, mereka berami-ramai akan bergurau senda dan menyanyi dengan paluan gong. Mereka juga akan berpusing di rumah sebanyak tiga kali. sesudah itu, barulah air tuak tadi diberikan kepada tetamu sebagai penyucian. 

Sekiranya perkahwinan itu berlansung pada waktu siang, selepas makan tengah hari barulah kedua-dua keluarga akan bercerita tentang susur galur keluarga masing-masing. Namun, jika perkahwinan diadakan pada waktu malam, upacara tersebut akan diadakan pada tengah malam. Hal ini bertujuan supaya kedua-dua pengantin dapar mengenali keluarga masing-masing dengan mendalam. Sebelum perbincangan diadakan. tuai rumah akan menghidangkan air arak yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. 

Setelah hubungkait diketahui, barula denda dkenakan kepada mereka. Selepas itu, barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta pemberian. Terdapat nilai hantaran yang telah ditetapkan dalam masyarakat iban, misalnya bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran membuka pintu adalah sebilah lembing, bayaran membuka kelambu adalah sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula akan meminta bayaran basuh kaki iaitu sebuah tempayang, tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpit, dan kajang perahu iaitu sepasang kain pua kumbu. 

Setelah selasai pemberian, mereka akan berbincang tentang pemberian yang kan diberikan jika berlaku penceraian. Biasanya, jika penceraian bermula daripada pihak lelaki, pihak lelaki harus membuat bayaran balik untuk barangan pemberian yang diterimanya dahulu beserta wang tambahan dengan nilai yang ditetapkan. Namun, jika penceraian terjadi dengan alasan yang tidak nyata, maka perjanjian tersebut tidak akan digunapakai. 

Seterusnya upacara membelah pinang akan dilakukan. Pinang tersebut akan dibelah kepada beberapa bahagian dan kemudiannya akan dimasukkan ke dalam bakul dan ditutupi dengan pua kumbu. Buah pinang tersebut menandakan berapa orang anak yang akan diperolehi oleh kedua pasangan tersebut. Selain itu, upacara menggolong pinang dalam kain juga akan dibuat. setiap pecahan pinang tersebut menandakan berapa lama pengantin perempuan tersebut kena duduk di rumah suaminya. Seorang lemambang atau bomoh akan menidurkan anak kecil dan menyanyikan beberapa rangkap syair sehingga anak tersebut bangun semula. Setelah pagi, para tetamu akan dihidangkan dengan pinang sebagai sarapan pagi. 

Setelah semua adat-adat tersebut selesai tanpa berlaku perlanggaran, barulah upacara perkahwinan dianggap sah. jika berlaku perlanggaran adat, kedua pengantin baru dikehendaki mnadi di sungai sebagai pemnyucian diri. Untuk adat ini juga, mereka dikehendaki memegang kain sepanjang 7 ela untuk memastikan kesalahan yang dibuat oleh tetamu lain juga telah disucikan. Selepas mandi, mereka akan menyembelih seekor babi sebagai korban dan sebagai penghapus dosa pengantin. 

Selepas menyucikan diri, mereka akan bersiap-siap untuk ke rumah pengantin lelaki pula. di sepanjang jalan, mereka hendaklah sentiasa kelihatan gembira kerana segala dosa telah disucikan. Pada sebelah malamnya, majlis yang meriah akan dilakukan di rumah pengantin lelaki pula. Kedua pengantin akan bersanding di atas gong atau kerusi yang di alas dengan kain tenun. 

Kemudian, beberapa orang tua akan membacakan doa dengan menggunakan ayam untuk membiau mereka berdua dan meminta agar dewa memberkati kedua pengantin tadi. Seterusnya, seorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan acara. Ayam yang telah diikat kakinya akan dilepaskan dan mantera pun dibaca. Ayam tersebut akan disembelih dan darahnya akan disemah kepada pengantin. Istiadat ini diakhiri dengan jamuan makan. setelah itu, mereka akan di bawa balik semula ke rumah pengantin perempuan. Walaupun mereka sudah sah sebagi suami dan isteri, mereka tidak boleh tidur bersama selagi  masih ada bunyi-bunyi yang membawa petanda buruk. Mereka akan dipisahkan sementara waktu sehingga semua putanda buruk tersebut tiada lagi. 


   
~suhaza~

Thursday 17 October 2013

Kebahagiaan Dalam Perkahwinan



Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.



1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.




~menaha angle~

PUNCA PERCERAIAN



Punca-punca perceraian

1. Kegagalan Memikul Tanggungjawab
Sama ada suami atau isteri, masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlukan persefahaman. Jangan mempertikaikan tanggungjawab pasangan kerana setiap manusia mempunyai kekurangan diri masing-masing. Eloklah memperbaik diri dan memandang ke arah lebih positif. Namun tidak salah mengambil kira nilai negatif agar ada perubahan yang lebih baik.

2. Asas Agama Yang Rendah
Salah satunya ialah tahap kesabaran dan iman yang kuat. Pasangan perlu mempunyai pegangan agama yang tinggi. Hal ini berlaku kerana asas agama yang rendah boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Ia sekaligus dapat dipengaruhi oleh hasutan yang bakal meruntuhkan rumahtangga.

3. Campur Tangan Pihak Ketiga
Masalah akan menjadi bertambah rumit jika ada campur tangan daripada pihak ketiga. Tidak kiralah daripada sebelah pihak lelaki atau perempuan. Di sini suami perlu bijak mempertahankan hak rumahtangga agar tiada sesiapa berani mengeruhkan lagi keadaan.
4. Perbezaan Budaya
Ini terjadi kepada pasangan yang berbeza budaya dan agama. Pasangan sukar menerima perubahan yang mendadak terhadap rutin harian ke atas dirinya. Ia sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada individu yang mengalaminya. Tambahan pula kurang sokongan mental daripada pasangan.5. Masalah Seksual
Mempunyai masalah terhadap hubungan intim antara suami dan isteri. Gangguan persekitaran atau ada masalah kesihatan yang boleh mengganggu keinginan untuk bersama pasangan. Pasangan perlu bersikap terbuka dalam membincangkan masalah seksual yang dialami. Sekali-sekala luangkan masa dan jauhkan daripada sebarang gangguan untuk menikmati masa bersama yang berkualiti.6. Kewangan
Sumber kewangan yang kukuh boleh mempengaruhi kesejahteraan hidup berumahtangga. Menghadapi masalah kewangan juga boleh menjadi punca penceraian kerana pasangan tidak mampu menanggung perbelanjaan keluarga. Ini biasanya dialami oleh suami yang tidak dapat menyediakan segala keperluan serta perbelanjaan yang secukupnya. Kemungkinan berlaku jika suami tidak bekerja atau berpendapatan kurang daripada isteri.

4. Kerjaya
Perbezaan bidang kerja antara suami dan isteri dapat menjarakkan hubungan. Kesibukan dengan tugas masing-masing membataskan kemesraan antara pasangan. Kemungkinan juga suami tidak memahami bidang tugasan si isteri begitu juga sebaliknya. Pertikaian sering berlaku kerana rasa tidak puas hati dengan pasangan masing-masing.

~Sonia~