Kesan-kesan perceraian
Pada masa kini, perceraian dipandang sebagai sesuatu yang
biasa dan normal. Malah, ia seakan menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. Islam
tidak menggalakkan perceraian kerana ia memberi lebih banyak kesan negatif
berbanding kesan positif. Pelbagai
permasalahan akan timbul apabila perceraian berlaku di antara suami isteri.
Antara masalah yang bakal timbul adalah:
Kesan emosi:
Setiap pasangan yang mengalami pergolakan rumahtangga pasti
akan mengalami tekanan perasaan seperti marah, sedih, rendah diri, terpencil,
tidak bermaya, kesunyian dan rasa bersalah. Beban perasaan ini pasti akan
menimpa pasangan yang menghadapi perceraian. Tekanan perasaan ini bukan hanya
menganggu individu yang bercerai sahaja, malah mewujudkan implikasi dan kesan negatif
kepada ahli keluarga serta kenalan rapat.
Kesan terhadap anak:
Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa dari segi jiwa
dan perasaan. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari
ibu bapa. Antara kesan yang dihadapi oleh anak-anak adalah:
-
Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa.
-
Terpaksa berpisah dari adik-beradik.
-
Hilang tumpuan terhadap pelajaran.
-
Tabiat dan sikap negatif muncul.
Anak-anak masih belum mengenal erti kehilangan, tetapi
terpaksa melaluinya. Kasih sayang seorang ibu tidak sama dengan kasih sayang
seorang bapa, begitu juga sebaliknya, kerana ibu dan bapa saling melengkapi
antara satu sama lain. Emosi tertekan dengan teruk dan dihantui rasa bersalah,
malu, tidak selamat dan kurang keyakinan diri. Tekanan emosi ini boleh memberi
kesan buruk kepada anak-anak sepanjang hayatnya, terutama perasaan rendah diri
kerana merasakan mereka berbeza dari kawan-kawan yang lain. Ini menyebabkan
mereka kurang keyakinan dalam setiap perbuatan mereka dan merosot dalam pelajaran.
Kesan negatif ini jika dibiarkan berlarutan dalam diri anak-anak tanpa sebarang
tindakan daripada pihak ibu bapa, akan mengakibatkan mereka sentiasa bersikap
negatif sepanjang hayat mereka.
Masalah kewangan:
Jika terdapat pasangan yang berpisah berpunca daripada
masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah mereka
bercerai kelak. Pasangan yang bercerai terpaksa menyara diri sendiri dan juga
anak. Pasangan yang menjaga anak terpaksa mengupah pengasuh sewaktu mencari
nafkah. Kos pengasuh bertambah dengan bilangan anak yang ramai. Kesan-kesan
yang akan mereka tanggung adalah:
-
Terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerana
pendapatan sudah berkurangan.
-
Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat.
-
Terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung
perbelanjaan dengan kos sara hidup semakin meningkat
.
Sosial:
Kehidupan sosial individu yang bercerai juga akan mengalami
kepincangan. Permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesame
manusia akan mengakibatkan kesan-kesan negatif. Kesan-kesan negatif tersebut
adalah:
-
Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat
dengan gelaran yang dimiliki.
-
Pelbagai pertanyaan dan soalan perlu dihadapi
dari kaum keluarga.
-
Anak-anak akan diejek kerana kepincangan
institusi kekeluargaan.
Kanak-kanak yang masih kecil akan menjadi takut untuk
mengharungi kehidupan tanpa seorang ayah dan merindui belaian manja seorang
ibu. Manakala remaja pula akan menjadi kecewa dan merasakan diri mereka tidak
disayangi. Ini boleh mendorong mereka kepada aktiviti sosial yang lebih negatif
seperti ponteng sekolah, merokok, berfoya-foya, bohsia dan dadah.
Implikasi-implikasi di atas merupakan sebahagian kecil dari
perkara-perkara yang akan menimpa pasangan yang membuat keputusan untuk
berpisah. Perceraian bukanlah matlamat sebuah perkahwinan, malah ia tidak
sepatutnya wujud dalam kamus hidup pasangan suami isteri. Kekurangan setiap
insan boleh dibaiki kerana tiada apa yang mustahil untuk diubah. Cinta boleh
dipupuk, tanggungjawab terhadap anak-anak jangan diabaikan.
~farah~
ibu bapa yang bercerai anak akhirnya anak yg jd mngsa....
ReplyDelete