flying



header

My Rabbit~


Friday 18 October 2013

Adat Perkahwinan Kaum Iban Sarawak

Perkahwinan suku kaum Iban

Masyarakat Iban di Sarawak mempunyai adat perkahwinan yang agak berbeza dengan adat perkahwinan kaum Melayu. Terdapat pelbagai peraturan unik yang perlu dipatuhi sebelum seseorang itu layak untuk bernikah. Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan. 

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang mengikut adat . Bagi mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan dikenakan denda yang bertujuan mengelak pasangan suami isteri tersebut daripada ditimpa bala atau kesusuhan. Biasanya, bagi keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, mereka agak lambat untuk mengahwinkan anak mereka. Namun, berbeza pula dengan keluarga yang mempunyai ahli yang sedikit. Mereka selalunya akan mengahwinkan anak mereka secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja rumah dan mencari nafkah bagi menantu lelaki. 

Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat perkahwinan kaum iban. Antaranya;

1. Merisik 

Dalam masyarakat Iban, biasanya kaum lelaki yang akan menentukan perkahwinan. Sekiranya seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik atau berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Ini bertujuan untuk menanyakan persetujuan daripada pihak gadis. Setelah mendapat persetujuan, pihak pengantin perempuan akan menentukan permberian ( wang hantaran) dan syarat-syarat perkahwinan. 

2. Meminang atau bertunang

Rombongan memninang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga sepuluh orang yang terdiri daripada golongan orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya, kedua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan tersebut tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga. 

3. Majlis perkahwinan

Sebagai persiapan sebelum perkahwinan, pihak lelaki akan menyediakan segala kelengkapan dari segi wang perbelanjaan dan barang yang harus diberikan kepada pihak wanita. Keluarga pihak wanita juga membuat persiapan seperti memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. 

Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak akan mencari wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil ini membawa beberapa utas tali bersimpul (temukutali) yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan itu akan diansungkan. Wakil khas akan meninggalkan simpulan tali tersebut di rumah tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali tersebut pada setiap hari sehingga tiba pada hari majlis. Majlis perkahwinan  akan dilansungkan di rumah perempuan yang dihadiri oleh beratus-ratus orang tetamu.

Semasa rombongan pengantin lelaki hampir tiba di rumah pengantin perempuan, satu upacara bertanyakan petanda ( Nanyaka Burong) . Robongan pengantin lelaki akan ditemukan dengan rombongan pengantin perempuan di perkarangan rumah panjang. Pihak lelaki akan ditanyakan tentang petanda yang mereka jumpa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. 

Sekiranya terdapat sebarang petanda buruk berlaku, upacar penawar akan diadakan terlebih dahulu sebelum rombongan daripada pihak lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah. Selepas upacara penawar dilakukan, rombongan pengantin lelaki akan masuk ke rumah dengan diiringi oleh paluan gong. Ayah pengantin lelaki akan mengorbankan seekor babi  sebagai bembahan. Pada tangga yang paling atas terdapat dulang yang berisi seketul batu dan air yang merupakan penawar kepada petanda burung dan sakang (tangal). Setiap ahli robongan yang naik hendakalah membasuh kaki dengan meletak sebelah kaki kedalam dulang tersebut. 

Selain itu, pada hari perkahwinan rombongan pihak lelaki akan memalu gong disepanjang perjalanan ke rumah pengantin dengan pakaian yang menarik. Manakala, bagi yang menggunakan jalan air, kapal atau perahu yang digunakan akan dihiasi cantik dengan pua kumbu. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilakukan sebanyak dua kali sebelum mereka pergi mandi beramai-ramai di sungai. Selepas daripada itu, baru mereka memakai pakaian tradisional. 

Sampai di tangga rumah panjang, ketua rombongan pengantin lelaki akan dipelawa untuk menyembeli seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa yang sama kedengaran tembakan senapang secara berbalas-balas. Selain itu, terdapat juga rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan tersebut hendaklah membuka setiap kota tersebut yang akan diletakkan di tangga rumah, ditengah rumah dan dihujung rumah.

Setelah itu, pihak perempuan daripada rombongan lelaki akan ke bilik dan pihak lelaki akan duduk di ruai. Mengikut adat, tetamu perempuan hanya akan dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. 

Seterusnya, para tetamu akan dihidangkan dengan air arak, iaitu air tuak. Sambil itu, mereka berami-ramai akan bergurau senda dan menyanyi dengan paluan gong. Mereka juga akan berpusing di rumah sebanyak tiga kali. sesudah itu, barulah air tuak tadi diberikan kepada tetamu sebagai penyucian. 

Sekiranya perkahwinan itu berlansung pada waktu siang, selepas makan tengah hari barulah kedua-dua keluarga akan bercerita tentang susur galur keluarga masing-masing. Namun, jika perkahwinan diadakan pada waktu malam, upacara tersebut akan diadakan pada tengah malam. Hal ini bertujuan supaya kedua-dua pengantin dapar mengenali keluarga masing-masing dengan mendalam. Sebelum perbincangan diadakan. tuai rumah akan menghidangkan air arak yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. 

Setelah hubungkait diketahui, barula denda dkenakan kepada mereka. Selepas itu, barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta pemberian. Terdapat nilai hantaran yang telah ditetapkan dalam masyarakat iban, misalnya bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran membuka pintu adalah sebilah lembing, bayaran membuka kelambu adalah sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula akan meminta bayaran basuh kaki iaitu sebuah tempayang, tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpit, dan kajang perahu iaitu sepasang kain pua kumbu. 

Setelah selasai pemberian, mereka akan berbincang tentang pemberian yang kan diberikan jika berlaku penceraian. Biasanya, jika penceraian bermula daripada pihak lelaki, pihak lelaki harus membuat bayaran balik untuk barangan pemberian yang diterimanya dahulu beserta wang tambahan dengan nilai yang ditetapkan. Namun, jika penceraian terjadi dengan alasan yang tidak nyata, maka perjanjian tersebut tidak akan digunapakai. 

Seterusnya upacara membelah pinang akan dilakukan. Pinang tersebut akan dibelah kepada beberapa bahagian dan kemudiannya akan dimasukkan ke dalam bakul dan ditutupi dengan pua kumbu. Buah pinang tersebut menandakan berapa orang anak yang akan diperolehi oleh kedua pasangan tersebut. Selain itu, upacara menggolong pinang dalam kain juga akan dibuat. setiap pecahan pinang tersebut menandakan berapa lama pengantin perempuan tersebut kena duduk di rumah suaminya. Seorang lemambang atau bomoh akan menidurkan anak kecil dan menyanyikan beberapa rangkap syair sehingga anak tersebut bangun semula. Setelah pagi, para tetamu akan dihidangkan dengan pinang sebagai sarapan pagi. 

Setelah semua adat-adat tersebut selesai tanpa berlaku perlanggaran, barulah upacara perkahwinan dianggap sah. jika berlaku perlanggaran adat, kedua pengantin baru dikehendaki mnadi di sungai sebagai pemnyucian diri. Untuk adat ini juga, mereka dikehendaki memegang kain sepanjang 7 ela untuk memastikan kesalahan yang dibuat oleh tetamu lain juga telah disucikan. Selepas mandi, mereka akan menyembelih seekor babi sebagai korban dan sebagai penghapus dosa pengantin. 

Selepas menyucikan diri, mereka akan bersiap-siap untuk ke rumah pengantin lelaki pula. di sepanjang jalan, mereka hendaklah sentiasa kelihatan gembira kerana segala dosa telah disucikan. Pada sebelah malamnya, majlis yang meriah akan dilakukan di rumah pengantin lelaki pula. Kedua pengantin akan bersanding di atas gong atau kerusi yang di alas dengan kain tenun. 

Kemudian, beberapa orang tua akan membacakan doa dengan menggunakan ayam untuk membiau mereka berdua dan meminta agar dewa memberkati kedua pengantin tadi. Seterusnya, seorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan acara. Ayam yang telah diikat kakinya akan dilepaskan dan mantera pun dibaca. Ayam tersebut akan disembelih dan darahnya akan disemah kepada pengantin. Istiadat ini diakhiri dengan jamuan makan. setelah itu, mereka akan di bawa balik semula ke rumah pengantin perempuan. Walaupun mereka sudah sah sebagi suami dan isteri, mereka tidak boleh tidur bersama selagi  masih ada bunyi-bunyi yang membawa petanda buruk. Mereka akan dipisahkan sementara waktu sehingga semua putanda buruk tersebut tiada lagi. 


   
~suhaza~

No comments:

Post a Comment